Followers

Sunday, January 31, 2010

Gerai peniaga Melayu dalam Parlimen Anwar sendiri pun dirobohkan

Gerai peniaga Melayu menjual buah di Jalan Permatang Pauh
dalam parlimen Permatang Pauh dirobohkanoleh Guan Eng





oleh : adik spy leman

Itulah persoalan yang bermain benak fikiran peniaga Melayu di Permatang Pauh yang kebanyakkannya penyokong kuat Anwar apabila nasib mereka kini ibarat telur di hujung tanduk yang kini terpaksa berdepan dengan MPSP dan Guan Eng yang bila-bila masa akan merobohkan gerai –gerai mereka.

Apabila melihat gambar rakan mereka iaitu peniaga gerai buah di Jalan Prmtg Pauh yang dirobohkan oleh Pejabat Tanah & Daerah SPT dan MPSP atas arahan Guan Eng , di mana Anwar dan Wakil Rakyat mereka iaitu Dr Mansor dan Salleh Man untuk membela mereka ??

.Anwar pulak sekarang ini memang tak akan jenguk la gerai hang pa semua dirobohkan kerana beliau kini sedang menghadapi masalahnya lagi besar iaitu kes liwat dengan Saiful . Itu 2 orang YB boneka DAP memang tak boleh pakai kerana sekarang te lah mabuk kuasa iaitu seorang Pengerusi PUZ dan Timbalan YDP Maipp.

Zahrain kuat mengkritik Guan Eng kerana berjuang untuk isu inilah sebenanrnya iaitu membela nasib peniaga Melayu .Samada wayang @ drama oleh Zahrain itu belakang kira tetapi beliau nampak Guan Eng dan kerajaan negeri jelas banyak menindas orang Melayu di PP dan sekarang ini isu gerai peniaga Melayu dirobohkan . Tetapi masih ada lagi Melayu Pakatan yang masih mempertahankan Guan Eng seperti beberapa blog pembangkang dan juga pemimpin2 PKR dan PAS di PP .

Kepada peniaga-peniaga Melayu di Prmtg Pauh ini , hang pa sendiri yang jerut leher anda sekarang terima lah padahnya . Terpersona sangat dengan lakonan Anwar dan slogan Dari Permatang Pauh Ke Putrajaya , ambil lah habuan hang pa sekarang !!

Orang tua dulu-dulu sudah cakap DAP ini tidak boleh percaya , anti Melayu dan parti perkauman tak mau dengar…

Sekarang Sudah tidak berguna lagi , nasi sudah jadi taik pun .. .. Menang Sorak , Kampung tergadai ..


*** Adik Spy leman melaporkan dari stesyen minyak Petronas , Taman Pauh Indah .

Friday, January 29, 2010

Guan Eng pemimpin diktator ,chauvinis ,komunis

Guan Eng Pemimpin Diktator , chauvinis dan bersifat komunis !!! Itu lah gelaran yang paling sesuai untuk kepada Guan Eng oleh Datuk Zahrain Hashim , MP PKR Bayan Baru !!!


Di bawah ini adalah sedutan kritikan tajam pemimpin Melayu yang berani dalam PKR ini yang harus dibaca oleh orang Melayu PP

1 . Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya.

2 . "Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender."Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya


3. "Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahklan kepada kroni," katanya.

4, "Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi,"

lebih lanjutnya klik di sini


PB menyifatkan Datuk Zahrain Hashim seorang pemimpin Melayu dalam PKR yang berani dan lantang mengkritik secara terbuka Guan Eng yang menjadi pujaan orang PAS ini . Kritikan terbuka Zahrain ini telah membuka mata kepada kita siapa sebenarnya Guan Eng dan jika ini diungkapkan sendiri oleh pemimpin dalam Pakatan maka bermakna tuduhan selama ini bahawa Guan Eng pemimpin diktator oleh pembangkang BN adalah tepat .


"Apabila Datuk Zahrain mula bersuara secara terbuka, maknanya masalah dalaman yang berlaku dalam PR Pulau Pinang kian ketara dan memuncak,"

Sejak hampir dua tahun mentadbir Pulau Pinang, apa yang dilakukannya merupakan keputusan beliau sendiri. "Saya juga dapat maklumat bahawa dalam mesyuarat exco, beliau seorang sahaja yang bercakap... orang lain tak boleh beri pandangan,"
Datuk Azhar Ibrahim ,Ketua Pembangkang PP


"Saya diberitahu bahawa pemimpin PKR dan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melahirkan pandangan mereka dalam mesyuarat exco kerajaan negeri,"
Datuk Teck Hock Nan , Pengerusi Gerakan PP


Reaksi dari PKR negeri oleh Dr Mansor pulak hanya menyatakan kesal dengan kenyataan Zahrain manakala Lim Guan Eng pulak tidak mahu menjawab isu ini . Nampaknya Khalifah Umar PAS sudah pengecut dan takut apabila terkena kritikan tajam oleh Zahrain . Mansor pulak bagi PB seorang pemimpin Melayu yang bacul malah sanggup lagi menjadi boneka walaupun tidak mempunyai kuasa dan pengaruhnya dalam kerajaan negeri . PAS pulak di PP ibarat kuli saja dalam kerajaan Pakatan di PP kerana suara mereka langsung tidak dengar malah menjadi pak turut saja .

PB melihat ketegasan Zahrain yang mengkritik cara pentadbiran Guan Eng adalah kerana mahu parti PKR ini diberi peranan lebih besar dalam kerajaan negeri bagi menunjukkan kepada orang Melayu bahawan PKR membuat kerja untuk orang rakyat .Sekarang ini kerajaan negeri dilihat dikuasai oleh parti DAP sahaja dan semua keputusan kerajaan dibuat oleh Guan Eng . Jika keadaan ini berterusan , maka Guan Eng akan terus dilihat menjadi liabiliti dan beban kepada kerajaan PR di PP .


Pergeseran antara DAP - PKR ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi bijaknya Guan Eng apabila berlaku sesuatu masalah antara mereka , maka cepat-cepat beliau melabelkan BN sebagai dalang dan dijadikan kambing hitam untuk menutup kelemahan pentadbirannya. Guan Eng ini sebenarnya seorang pemimpin yang takut kepada kritikan terhadap dirinya dan jika sesiapa mengkritik kerajaannya akan disaman @ dituduh ejen BN .

Pejuang Bangsa

link

Pergeseran PKR -DAP sudah lama berlaku - BN PP

PKR kesal kenyataan Zahrain
Ketua Pembangkang puji Zahrain pemimpin berani

Thursday, January 28, 2010

Puluhan ribu rakyat Kelantan mendengar ucapan pemimpin Umno.





Siapa kata pemimpin Umno tak berkaliber?

Siapa kata pemimpin Umno tak hebat?

Nampak tak berduyun-duyun rakyat Kelantan tinggal semua urusan dunia hanya semata-mata nak dengar ucapan dari seorang pemimpin Umno di Stadium Kota Bharu Kelantan.

Tu baru pemimpin biasa Umno, kalau yang turun buat ucapan tu adalah pemimpin utama Umno, mau runtuh stadium tu macam runtuhnya stadium di Terengganu tu.

Nasib baiklah majlis tu pemimpin Umno datang untuk memberikan ucapan. Kalau nak harap ceramah si tua nyanyuk sorang tu saja, alamat boring tahap gila khinzirlah jemaah-jemaah Pas dok dengar ucapan merapu dia.

Mesti tak lain dok mengutuk Umno sajalah kerja dia. lepas tu pulak dok menyembor air lior menyebut celako..,celako.., celakoo...

Nasib baiklah situa ni cuma diberikan tugas utk betulkan saf jemaah malam tu. Kalau tak, satu lagi versi kedua doa pecah perut akan di endorsed kan.

Dulu bukan main lagi pemimpin berakal baghal Pas kata pemimpin Umno tak terer. Sekarang ni tengok sendiri laa siapa yang lebih hebat.

Kalau Ku Li tak hadir di majlis tu, mesti yang ramai cumalah penjual keropok lekor dan juga stokis kopi janda sajalah.

Malu lah weii...., busuk-busuk punn, orang Umno jugak yang digantungkan harapan.

kui kui kuiiii....


-Mat Bond

Peniaga Melayu PP ditindas kerajaan negeri sosialis DAP


Oleh : Pejuang Bangsa


DPMM PP dan 23 NGO Melayu membela nasib peniaga Melayu



Isu penindasan dan kezaliman kerajaan negeri sosialis DAP terhadap peniaga berbangsa Melayu di Pulau Pinang bukan lagi perkara baru . Peniaga bukan Melayu pulak terutama bangsa Cina dibiarkan berniaga di tepi-tepi jalan dengan senang hati tanpa perlu rasa bimbang .

Sejak DAP memerintah negeri PP , sudah banyak isu , rungutan dan bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri yang memberi notis melalui PBT agar merobohkan gerai-gerai di tepi jalan terutama bangsa Melayu kononnya gerai mereka menganggu jalan, trafik dan mengotorkan kawasan . Tetapi gerai peniaga Cina pulak dibiarkan berniaga terutama di Jalan Burmah , Jalan Perak , Jalan Raja Uda dan tiada tindakan diambil terhadap mereka . Malah setiap malam jika melalui jalan di situ akan mengalami kesesakan kerana banyak peniaga berniaga di tepi2 jalan .

Hari ini 29/1/2009 , berita bertajuk “ Simpati la nasib kami “ dalam Utusan Malaysia menceritakan nasib satu pasangan pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan di Kedai Doremi milik sepupunya di tepi Pantai Tanjung Bungah .


kezaliman dan penindasan Guan Eng terhadap orang Melayu PP


Semalam adalah hari terakhir kedai yang selama 8 tahun didirikan akan menyembah bumi gara-gara kezaliman dan penindasan oleh Guan Eng. Tetapi , oleh kerana bantahan kuat oleh keluarga pemilik kedai itu dan drama hamper 2 jam ini akhirnya MPPP yang menjadi balaci Guan Eng terpaksa menangguhkan sementara kerja2 perobohan hingga hujung bulan ini . Hanya empat struktur kedai atas pokok itu sudah dirobohkan.dan yang masih tinggal hanyalah sebuah kedai tiga tingkat atas pokok sementara struktur lain termasuk tandas dan surau telah dirobohkan. Malah pelancong asing yang berada di tepi pantai itu juga datang melihat dan mereka menyatakan sokongan kepada kedai Doremi agar tidak dirobohkan .

" Salah ke orang Melayu yang susah macam saya ini nak tumpang sikit kekayaan ekonomi yang dinikmati kaum lain di negeri ini? Johar Ismail , pemilik kedai Doremi

Inilah kezaliman kerajaan negeri sosialis apabila memerintah dan di PP mereka mengamalkan pemerintahan berteraskan slogan Melayu mesti dipinggirkan . Walaupun YDP DPMM PP, Rizal Faris Mohaideen yang pernah memberi peringatan kepada kerajaan negeri PP sebelum ini agar lebih prihatin kepada nasib golongan ini ,tetapi tidak diendahkan .

"Kejadian ini jika dilihat dalam konteks Melayu terpinggir seolah-olah satu penindasan terutama dalam keadaan hanya dua peratus orang Melayu berniaga di bandar ini.

"Pengusaha kafe Do Re Mi telah menjalankan perniagaan di Tanjung Bungah lebih lapan tahun dan tiba-tiba lebih 50 orang pegawai penguat kuasa datang meroboh dan membakar tempatnya berniaga, adakah itu tindakan bertanggungjawab?"

Menurutnya , DPMM PP hampir setiap hari menerima aduan kes seperti oleh peniaga kecil mengenai nasib perniagaan mereka yang telah menerima notis untuk dirobohkan . Sehingga kini 207 laporan aduan sudah dibuat oleh peniaga yang bakal berdepan tindakan kerajaan zalim ini dan difahamkan peratusan jumlanya mengikut komposisi kaum adalah 60 % Melayu , 30 % Cina dan 8 % adalah India. Selain itu , Rizal Faris turut melancarkan Tabung Do Re Mi bagi mengutip dana untuk membantu Johar membangunkan semula perniagaannya dengan DPMM PP menyumbang sebanyak RM5,000.

Selain Kedai Doremi , nasib peniaga gerai ikan bakar iaitu Hammer Bay Ikan Bakar Special di tepi laut jalan Sg Nibong juga bakal menerima yang sama iaitu bakal dirobohkan oleh gestapo kerajaan negeri iaitu MPPP. Pemiliknya , iaitu Sdr Norhisyam yang sudah lebih 10 tahun berniaga di situ bersama 3 gerai lain pernah memohon lesen menduduki sementara ( TOL ) daripada Pejabat Tanah dan Daerah semasa kerajaan BN memerintah tetapi semuanya ditolak .


gerai Hammer Bay Ikan Bakar Special yang bakal
dirobohkan oleh Guan Eng . Beliau dengki ,jahat dan busuk
hati melihat peniagaan bangsa Melayu berjaya



Walaupun tidak mempunyai kebenaran untuk berniaga di kawasan itu , premisnya dan juga 3 gerai lain tidak pernah diganggu oleh kerajaan negeri BN tetapi kini senarionya sudah berubah di bawah pentadbiran kerajaan sosialis DAP dan Guan Eng . Selain itu , pendapatan lebih 70 nelayan Melayu di sekitar pantai tersebut juga akan terjejas kerana ikan-ikan segar ini dibekalkan oleh mereka kepada gerai-gerai ini .

Menurut sumber dari DPMM PP , ramai peniaga Melayu di PP sudah menerima notis mengosongkan premis masing-masing sejak 31 Disember lalu daripada MPPP . Walaupun mereka ini ditawarkan tempat berniaga baru tetapi sebenarnya tempat itu tidak strategik dan boleh diibaratkan " mati " kerana tidak ramai orang melalui kawasan itu.

peniaga bangsanya dibiarkan berniaga di tepi-tepi
jalan seperti Jalan Burma, Jalan Perak , Jalan Raja Uda
hingga menyebabkan kesesakan jalan dan kotor tetapi
peniaga Melayu dilayan seperti kelas 2 .


Ini lah sebenarnya strategi Guan Eng untuk menghalau orang Melayu dari pulau ala Singapore ini dengan cara halus iaitu bermula dengan membunuh terus perniagaan dan punca pendapatan mereka . Melalui cara ini ,apabila peniagaan peniaga Melayu itu merosot , maka mereka terpaksalah berhijrah ke tempat baru seperti seberang atau ke Kulim dan Sg Petani . Guan Eng memang hanya target bangsa Melayu sahaja menjadi sasaran kerana kaedah mereka sekarang sedang melakukan rezoning ala Singapore di PP seperti pernah disuarakan oleh Yazid Othman dalam artikelnya . Rancangan ini ialah menjadikan semua kawasan majoriti Melayu berpecah menjadi sekecil-kecilnya dan tiada suara majoriti di semua tempat.

YB Melayu 2,3 kerat dalam kerajaan negeri seperti Dr Mansor , Malik Kasim , Salleh Man ini memang hanya boneka DAP dan membisu sahaja dalam isu ini . Mana perginya Mujahid Yusof Rawa kononnya dikatakan pejuang Melayu PAS di PP malah baru saja selepas berdebat dengan Reezal Merican dalan isu Melayu PP baru baru ini ?? Kepada balaci Melayu dalam PAS dan PKR yang masih lagi seronok dan bertepuk tangan kepada Guan Eng yang memberi banyak peruntukan kepada Hal Ehwal Islam , tetapi sebenarnya penindasan dak kezaliman terhadap peniaga Melayu inilah yang orang Melayu betul2 dapat daripada Khalifah Guan Eng !!!


PB juga menyambut baik ketegasan DPMM PP bersama 23 NGO Melayu dalan isu ini dengan menutup terus rundingan antara mereka dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah Melayu ditindas dan dizalimi . Tidak guna kita berlembut dan menggunakan diplomasi dengan kerajaan zalim seperti ini kerana mereka tidak akan dengar suara kita.

Malah PB menyokong DPMM PP mengambil tindakan sendiri bagi menunjukkan kemarahan dan suara mereka kepada kerajaan negeri yang zalim dan menindas rakyat .



Tuesday, January 26, 2010

Aduka ke Kelantan sebab nak hantar bini dia?




Banyak pihak dok mempersoalkan kenapa blogger kurang ajar Pas si Aduka tu serah diri di Kelantan. Mangkuk tu kan orang negeri 9 dan kerja pun dinegeri 9. So apa kejadahnya dia pi "lari" ke Kelantan nun?

Sekor lagi blogger kumpulan mangkuk tingkat Pas iaitu Topeng Perak menjelaskan bahawa budak AT ni balik hantar bini dia di Kelantan. Baca DISINI

Woii...nak tipu pun agak2laa.. Apa bini AT tu tak reti naik bas sendiri ke? Bukan kah si mamat kurang ajar tu nak lari ke Siam sebab takut di hambat pak polisi?

Bila rumah dia di negeri 9 dan juga rumah mak mertua dia di Kelantan kena geledah, baru dia terketar-ketar nak serah diri. Tau pun takuttt yeeee.

Dalam blog bukan main ganas lagi blogger Pas si AT ni. Sampai isteri Rasulullah SAW pun dia maki hamun. Memang celako sungguh.

So.., pencacai bloggers Pas semua takpayah lah nak backing si AT ni. Korang tu semua sama je mentaliti bangang dengan mangkuk hayun si AT tu.

Orang buat blog korang pun tergedik-gedik nak buat blog jugak. Orang lain mengkritik kesalahan kerajaan dan juga pembangkang, korang jadi bangang sampai sanggup hina Raja melayu.

Memang tahap kaldai laa korang semua pencacai2 bloggers PR.



- Mat Bond

Pas yg semakin celaru.




Kebelakangan ini,, rakyat mula didedahkan dengan pelbagai tindak tanduk dan gelagat Pas yang menjurus ke arah politik menghalalkan cara yang didorong oleh nafsu besar mahukan kuasa. 

Akibat nafsu politik yang meluap-luap, Pas sanggup melakukan apa saja yang difikirkan sesuai untuk mencapai matlamat perjuangan penubuhan sebuah negara Islam.

Ini tidak menghairankan kerana di kalangan ahli-ahli Pas itu sendiri adalah terdiri daripada mereka yang kecewa dalam kerjaya politiknya ataupun mereka yang telah tidak mendapat kepercayaan untuk mendapat habuan melalui peluang dalam perniagaan.

Individu ini adalah tokoh dalam bidang masing-masing suatu ketika dahulu telah melenyapkan ingatan-ingatan indah akan ketangkasan mereka dalam bidang tertentu, antara akademik dan agama, dengan bersekongkol dengan ahli politik Pas.

Maka, tidaklah lama sangat dan tidaklah begitu sukar bagi mereka untuk memeluk fahaman Pas yang lebih bersifat politik menjahanamkan.

Justeru, tidaklah pelik bagi individu ini untuk melaung-laungkan perkara yang bukan-bukan, senada dan seirama dengan pemimpin Pas. Perkara karut-marut, remeh temeh sering diperkatakan hingga ada kalanya tidak masuk akal.

Sebagai parti pembangkang, Pas tidak seharusnya menyematkan perkataan anti dalam sanubari mereka.

Mereka juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia sepatutnya bersama dengan kerajaan bagi membantu mencari penyelesaian masalah seperti kegawatan ekonomi yang boleh menjadikan negara kita kembali dijajah.

Namun Pas mengambil sikap lepas tangan dan hanya suka menyalak isu-isu yang remeh temeh untuk kepentingan berkuasa.



- Pak Long