Followers

Tuesday, January 26, 2010

Pas yg semakin celaru.




Kebelakangan ini,, rakyat mula didedahkan dengan pelbagai tindak tanduk dan gelagat Pas yang menjurus ke arah politik menghalalkan cara yang didorong oleh nafsu besar mahukan kuasa. 

Akibat nafsu politik yang meluap-luap, Pas sanggup melakukan apa saja yang difikirkan sesuai untuk mencapai matlamat perjuangan penubuhan sebuah negara Islam.

Ini tidak menghairankan kerana di kalangan ahli-ahli Pas itu sendiri adalah terdiri daripada mereka yang kecewa dalam kerjaya politiknya ataupun mereka yang telah tidak mendapat kepercayaan untuk mendapat habuan melalui peluang dalam perniagaan.

Individu ini adalah tokoh dalam bidang masing-masing suatu ketika dahulu telah melenyapkan ingatan-ingatan indah akan ketangkasan mereka dalam bidang tertentu, antara akademik dan agama, dengan bersekongkol dengan ahli politik Pas.

Maka, tidaklah lama sangat dan tidaklah begitu sukar bagi mereka untuk memeluk fahaman Pas yang lebih bersifat politik menjahanamkan.

Justeru, tidaklah pelik bagi individu ini untuk melaung-laungkan perkara yang bukan-bukan, senada dan seirama dengan pemimpin Pas. Perkara karut-marut, remeh temeh sering diperkatakan hingga ada kalanya tidak masuk akal.

Sebagai parti pembangkang, Pas tidak seharusnya menyematkan perkataan anti dalam sanubari mereka.

Mereka juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia sepatutnya bersama dengan kerajaan bagi membantu mencari penyelesaian masalah seperti kegawatan ekonomi yang boleh menjadikan negara kita kembali dijajah.

Namun Pas mengambil sikap lepas tangan dan hanya suka menyalak isu-isu yang remeh temeh untuk kepentingan berkuasa.



- Pak Long

No comments:

Post a Comment