Followers

Friday, January 29, 2010

Guan Eng pemimpin diktator ,chauvinis ,komunis

Guan Eng Pemimpin Diktator , chauvinis dan bersifat komunis !!! Itu lah gelaran yang paling sesuai untuk kepada Guan Eng oleh Datuk Zahrain Hashim , MP PKR Bayan Baru !!!


Di bawah ini adalah sedutan kritikan tajam pemimpin Melayu yang berani dalam PKR ini yang harus dibaca oleh orang Melayu PP

1 . Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya.

2 . "Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender."Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya


3. "Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahklan kepada kroni," katanya.

4, "Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi,"

lebih lanjutnya klik di sini


PB menyifatkan Datuk Zahrain Hashim seorang pemimpin Melayu dalam PKR yang berani dan lantang mengkritik secara terbuka Guan Eng yang menjadi pujaan orang PAS ini . Kritikan terbuka Zahrain ini telah membuka mata kepada kita siapa sebenarnya Guan Eng dan jika ini diungkapkan sendiri oleh pemimpin dalam Pakatan maka bermakna tuduhan selama ini bahawa Guan Eng pemimpin diktator oleh pembangkang BN adalah tepat .


"Apabila Datuk Zahrain mula bersuara secara terbuka, maknanya masalah dalaman yang berlaku dalam PR Pulau Pinang kian ketara dan memuncak,"

Sejak hampir dua tahun mentadbir Pulau Pinang, apa yang dilakukannya merupakan keputusan beliau sendiri. "Saya juga dapat maklumat bahawa dalam mesyuarat exco, beliau seorang sahaja yang bercakap... orang lain tak boleh beri pandangan,"
Datuk Azhar Ibrahim ,Ketua Pembangkang PP


"Saya diberitahu bahawa pemimpin PKR dan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melahirkan pandangan mereka dalam mesyuarat exco kerajaan negeri,"
Datuk Teck Hock Nan , Pengerusi Gerakan PP


Reaksi dari PKR negeri oleh Dr Mansor pulak hanya menyatakan kesal dengan kenyataan Zahrain manakala Lim Guan Eng pulak tidak mahu menjawab isu ini . Nampaknya Khalifah Umar PAS sudah pengecut dan takut apabila terkena kritikan tajam oleh Zahrain . Mansor pulak bagi PB seorang pemimpin Melayu yang bacul malah sanggup lagi menjadi boneka walaupun tidak mempunyai kuasa dan pengaruhnya dalam kerajaan negeri . PAS pulak di PP ibarat kuli saja dalam kerajaan Pakatan di PP kerana suara mereka langsung tidak dengar malah menjadi pak turut saja .

PB melihat ketegasan Zahrain yang mengkritik cara pentadbiran Guan Eng adalah kerana mahu parti PKR ini diberi peranan lebih besar dalam kerajaan negeri bagi menunjukkan kepada orang Melayu bahawan PKR membuat kerja untuk orang rakyat .Sekarang ini kerajaan negeri dilihat dikuasai oleh parti DAP sahaja dan semua keputusan kerajaan dibuat oleh Guan Eng . Jika keadaan ini berterusan , maka Guan Eng akan terus dilihat menjadi liabiliti dan beban kepada kerajaan PR di PP .


Pergeseran antara DAP - PKR ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi bijaknya Guan Eng apabila berlaku sesuatu masalah antara mereka , maka cepat-cepat beliau melabelkan BN sebagai dalang dan dijadikan kambing hitam untuk menutup kelemahan pentadbirannya. Guan Eng ini sebenarnya seorang pemimpin yang takut kepada kritikan terhadap dirinya dan jika sesiapa mengkritik kerajaannya akan disaman @ dituduh ejen BN .

Pejuang Bangsa

link

Pergeseran PKR -DAP sudah lama berlaku - BN PP

PKR kesal kenyataan Zahrain
Ketua Pembangkang puji Zahrain pemimpin berani

3 comments:

  1. salam plis xchange each other..
    i follow u n u follow me..
    hhhehe

    peserta retreat baru 2 ni ka?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam anak seberang.

    Lebih kurang lagu tu laa.

    Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

    Hehehehe..

    ReplyDelete